Jumaat, 18 Oktober 2013

HNS 2013:TUGASAN 2 : Jelaskan bagaimana terbentuknya masyarakat majmuk di negara kita?.




PENGENALAN

             Masyarakat  bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial  di mana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Masyarakat adalah komuniti sesuatu tempat tertentu dalam suatu komuniti yang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut serta  saling bergantung dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di satu –satu tempat.

        Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama –sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara  tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.  Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat ia terdiri daripada beberapa kumpulan etnik. Masyarakat majmuk adalah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.  Manakala masyarakat majmuk pula bermaksud masyarakat pelbagai kaum yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama. Menurut Kamus Dewan, mas yarakat majmuk membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.
   
             Masyarakat majmuk memang sinonim dengan  Malaysia  sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum dan juga identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, Cina  dan India.Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,  kaum dan etnik dari  Perlis hinggalah ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa , agama dan adat resam. Corak perubahan rakyat Malaysia ini berlaku  disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku pada perubahan struktur politiknya, sebelum abad ke 18 dan ke 19.  Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke 19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu

1
adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudkan asal Tanah Melayu . Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola petempatan, pekerjaan dan pendidikan.
              Oleh kerana itu, maka Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, melayu merupakan kelompok etnik majoriti iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus, sementara Cina mewakili lebih kurang 25 peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Malanau Dan Orang Ulu Di Sarawak, Kadazan dusun, Murut dan Bajau di Sabah. Kemajmukan negara kita telah menjadi tarikan masyarakat luar.


DEFINISI

                   Menurut Kamus Dewan (2005) masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat. Hubungan  yang  wujud dalam kumpulan tersebut khususnya dalam hubungan bersemuka.  Daripada pergaulan inilah terbentuklah pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti menjalankan aktiviti gotong royong , bersama-sama merayakan sesuatu perayaan seperti menghadiri rumah terbuka, berkumpul untuk menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri majlis kenduri, perkahwinan, membantu jiran atau masyarakat yang ditimpa mala petaka atau menziarahi jiran yang sakit serta meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini akan terbina satu  kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam kontek Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.



2
                      
                   J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
                  . M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.
 
                      Menurut sarjana Graham Saunders dalam bukunya bertajuk ” the Development Of a Plural Society  In Malaya” beliau menjelaskan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu  kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. Menurut belaiu lagi, Tanah Melayu  mempunyai tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Mkereka bukan saja terpisah kerana adat resam yang berbeza, kepercayaaan yang berbeza malah  berbeza juga dari segi pakaian, pekerjaan dan juga tempat tinggal.

                   Sarjana dalam bidang sosiologi J.E Goldthorpe ” The Sosiology Of The Thirdworld’.    Beliau mengemukakan pandangan tentang masyarakat majmuk lebih kurang sama dengan  sarnana yang lain. Goldthorpe berpendapat kewujudan masyarakat majmuk sejajar dengan


3
penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada masa dulu dengan membawa masuk semua kaum-kaum tersebut untuk memenuhi  peluang pekerjaan di negara ini. Masyarakat majmuk juga adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di  tanah jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia.


CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK

                Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai  kaum kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan di kalangan negara luar.

                  Antara ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S. Furnivall (1956) dalam bukunya  bertajuk ” Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan Kepulauan Jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumuputera). Masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa ,idea dan kaedah sendiri .


KONSEP MASYARAKAT MAJMUK

                 Menurut J.S Furnivall(1939), sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial. Ini telah mewujudkan kelompok-


4
kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall menambah bahawa kelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu ” bercampur tetapi tidakl bergabung”. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama., kebudayaan, bahasa,idea-idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti dalam masyarakat majmuk itu hidup secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit politik yang sama. Sistem pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pulaberasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan.
                Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut .

 i. Politik
Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar  pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya
Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu.


5
Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi
ii. Ekonomi
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.
iii. Sosial/Pendidikan
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.
Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing


6
kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.
Konsep masyarakat majmuk juga merujuk kepada etnik iaitu di Malaysia etniknya merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan tekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang sama antara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006). Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama.
.
SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

              Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka  lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walaupun kehadiran mereka ini tidak dapat membina satu masyarakat majmuk yang jelas. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri bermul;a pada penghujung abad ke 18 dengan kehadiran pihak British. Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergolakan politik dan perebutan tahta yang berlaku di kedah dan di Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan singapura. Manakala  melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British.



I.            Kedatangan dan Serangan Portugis di Melaka.

Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira zaman  pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham, sultan telah menahan beberapa pedagang Portugis yang datang berdagang. Demi membebaskan pengikutnya Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai 1511 dan beliau menhantar

7
utusan kepada sultan supaya membebaskan pengikutnya serta membayar gantirugi. Kerana keengganan sultan, maka Portugus telah melancarkan serangan dengan kehadiran 800 orang Portugis dan 600 orang India. Kehadiran tentera seramai 1400 orang itu  telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada ketika itu.

II.          Rampasan tahta oleh Belanda
          
             Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis di melaka. Pada tahun 1606, Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa. Pada atahun 1636 kapal belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan belanda pada 16 januari 1641. Gabenor Portugis , Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaarokoe.

iii.  Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

               Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi kesan serba sedikit terhadapa pembentukan masyarakat malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun di tanah Melayu dipanggil senagai Malai baru oleh Jepun dan ianya  diletakkan di bawah kuasa pentabiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran  di Tanah Melayu. Dar segi pentadbiran,satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka,Perak, Pahang, Selangor dan negeri sembilan. Sementara itu negeri Perlis, Kedah, kelantan dan Terengganu diletakkan di bawah pentadbiran Siam pada tahun 1945, dengan tujuan membaca jasa Siam.


8

v.            Campurtangan Inggeris Di Tanah Melayu.

              Campurtangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786 menyebabkan kemasukan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangkamasa yang panjang semasa pemerintahan Kolonel British di malaysia iaitu selama labih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang Dunia ke 2. Walaubagaimanapun, jangkamasa yang singkat itu dianggap tidak mempunyai kesan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Setelah kemasukan migran dari luar maka lahiorlah kelompok daripada keturunan Cina dan India yang berasimilasi debngan budaya tempatan seperti Baba- Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan anatara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk malaysia mempunyai darah kacukan Melayu_Arab, Melayu-India, Melayu –Cina dan lain-lain.


                 Menurut B.W Andaya (L.Y Andaya 1983) masyarakat Cina daripada negara China seebenarnya ingin keluar darpada hihup dalam kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah melayu. Kemasukan buruh-buruh cina ke tanah melayu beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oarang cina sendiri yang telah lama menetap di Tanah melayu melalui sistem tiket yang sangat popular.Menurut W.L Blythe (1953) bilangan buruh cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dar masa ke semasa. Namun begitu sukar diketahui angka asalnya kerana ramai yang masuk secara haram.

9
           Kemasukan masyarakat cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada abertambahnya kaum cina. Pengarauh kaum cina di Tanah melayu telah mengubah corak dan sistem soail Alam Melayu dan juga masyarakat melayu ketika itu.Wujudnya golongan Baba–Nyonya  hasil penghijrahan kaum cina itu, wujudlah golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukan masyarakat di Malaysia dan menggambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.


Migran keduia terbesar selepas cina adalah kelompok daripada India. Kebanyakana mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya atersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar.

Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya menguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor


10
utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
 
KESIMPULAN

             Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

              Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia terajadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah  melayu. Namun pada pertengahana abad ke 19, penghujrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah melayu.  Dari aspek



11
kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran  masyarakat luar ke Tanah Melayu  telah mencorakkan  perspektif  masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat  majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan  mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan  pelbagai etnik yang lain.


              














12

RUJUKAN


Abdul Rahman Haji Ismail,( 2005), Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Aziz Deraman (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



zanas.wordpress.com/.../pembentukan-masyarakat-

newpaces.com/members/profile/.../blog_1314.html

Modul PJJ – HNS2013 – Kenegaraan – Pusat Pendidikan Luar UPSI 2011 
  



Selasa, 21 Mei 2013

KLSR ....KBSR



Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.

Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua
sekolah.


Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975).

Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961.

Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.

Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.

                                        Aspek Pengurusan Bilik Darjah KLSR

Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.

Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.

Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).

Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini. Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umum yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun 1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam.

Kekuatan dan Kelemahan KLSR
Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:-

1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.
2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid.
3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan.
4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

Keberkesanan KBSR / KLSR
Kekuatan dan Kelemahan KBSR

Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang
menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan perkerabangari'sahsiah .


Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan

Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar .

KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan
pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan
bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalahsebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan berterusan. Iniadalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil kira
bahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan kebolehan.


Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid yang tahumembaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.

Kelemahan KBSR

Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri – ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.
1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.

Antaranya termasuklah
  1. isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
  2. dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid.
  3. guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan
  4. ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain.
  5. ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.

Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya.

Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.
Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian.
Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya.

Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak
pada guru agama sahaja.


KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu.
Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik.

Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral.


Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.

Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.

Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran


Ciri-ciri bilik darjah KBSR

1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri
3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan.

Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6.

Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah

Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran
yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.
Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan.


Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab.