Tugasan Pengajaran Teknologi dan Penaksiran



i.              Berdasarkan satu topik/tajuk dalam matapelajaran major/minor anda, sediakan satu heiraki struktur pengetahuan.

Matapelajaran  :  Bahasa Melayu
Tema                :  Kebersihan
Tajuk                :  Kebersihan Diri
                            Menjaga Kebersihan
                            Alam Sekitar Kita  



ARAS PENGETAHUAN


NOTA RINGKAS

Fakta

1.Kebersihan diri dan alam sekitar  penting untuk menjamin kesihatan diri..

2. Kita akan jatuh sakit jika tidak menjaga kebersihan.
.

Konsep


1.Sampah sarap perl;u dibuang ke dalam tong sampah..

2.Tubuh badan dan peralatan perlu dicuci dengan air  yang bersih..

3.Kesedaran tentang kebersihan amat penting.



Generalisasi

1..Tahap kebersihan di Negara Malaysia adalah rendah jika dibandingkan dengan Negara Singapura.



1



ii.Berdasarkan topik/tajuk di atas Sediakan Jadual Penentu Kandungan.
Mata pelajaran : Bahasa  Melayu                                          Topik                : Kebersihan Diri

Unit


Pengetahuan



Kemahiran



Fakta

Konsep/
Istilah

Generalisasi

Kognitif

Psikomotor

Sosial

Unit 1
Kebersihan Diri
(1.2.4)
.mendengar dan  mengecam  perkataan  yang  berkaitan  dengan anggota  badan  dan  bukan  anggota badan

Anggota Badan
Tangan
Leher
Mata
Jari
Hidung
Kaki

Mengenali anggota badan yang perlu dibersihkan.

Setiap individu perlu menjaga kebersihan diri untuk menjamin kesihatan yang baik.

Mendengar dan bertutur

Murid dapat menamakan bahagian anggota badan yang perlu dibersihkan.

Mendengar dan bertutur

Murid melakonkan aksi kebersihan diri melalui nyanyian.

Mendengar dan bertutur


Murid bersoaljawab cara menjaga kebersihan.

Unit 2
Menjaga Kebersihan
(5.3.1)
Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.

Kata kerja
-Mencuci
-menggosok
-memotong
-menyikat

Mengetahui perkara-perkara yang perlu untuk menjaga kebersihan.

Setiap individu perlu didedahkan dengan tatacara penjagaan diri.

Mendengar da bertutur

Murid menyatakan cara betul menjaga kebersihan diri.

Membaca


Murid menampal kad perkataan  pada gambar yang berkaitan di papanhitam
.

Menulis


Murid menyusun keratan perkataan untuk membina ayat secara kumpulan.

2




Unit3
Alam Sekitar Kita
(4.3.1)
Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.

Dialog
Menyatakan perasaan tentang kebersihan alam sekitar

Murid bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar

Kebersihan alam sekitar  adalah tanggungjawab semua ahli masyarakat

Mendengar dan bertutur

Murid menyatakan perasaan berdasarkan tayangan video.

Membaca


Murid melakonkan dialog secara berpasangan.

Mendengar dan bertutur

Murid bersoaljawab tentang dialog yang didengar.










3



iii. Nyatakan apakah faktor-faktor yang harus diambilkita adalam membuat keputusan untuk menentukan pilihan kaedah pengajaran bagi topik/tajuk tersebut.

Pengenalan
                Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai sangat penting untuk mencapai hasil yang maksimum. Perancangan dan pemilihan kaedah perlu mengambil kira tajuk pelajaran, tahap kebolehan murid dan situasi bilik darjah.  Kaedah yang pilih pula bukanlah semuanya sesuai dengan mata pelajaran yang diajar. Oleh itu guru harus pandai memilih kaedah yang bersesuaian supaya murid menjadi seronok dan ingin terus belajar. Guru tidak harus terikat dengan hanya satu atau dua kaedah sebaliknya perlu mempelbagaikan kaedah kerana tahap keupayaan murid dan cara pembelajaran mereka berbeza. Jangka masa pembelajaran 30 atau 40 minit bagi satu waktu akan menyebabkan murid bosan dengan satu atau dua kaedah sahaja. Sebaik-baiknya kaedah yang dipilih itu lebih berpusatkan kepada murid supaya mereka menjadi aktif. Guru hanyalah bertindak sebagai fasilitator sahaja.
              Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum , struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Di samping itu guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiranmengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.
Definisi kaedah dan teknik pengajaran
Konsep kaedah
       Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan  tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam  jangka pendek.
       Mengikut Edward M. Anthony (1963) kaedah merujuk  kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
4



       Kaedah juga bermaksud:
a) Turuq at-Ta’lim = cara atau jalan yang digunakan dalam pengajaran
b) Tasykil al-Maddah = bentuk atau jenis yang juga disebut sebagai mcara yang munasabah dengan akal yang berguna dalam proses  pengajaran dan pembelajaran.
c) Tariqah at-Ta’lim wa Ta’lum Tahassus at-Tolabah= teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran  yang tertentu yang digunakan kepada penuntut.
 d) Tariqah at-Tadris = cara-cara untuk menyampaikan kandungan isi pelajaran kepada pelajar.
 e) Suluk= jalan untuk menyampaikan kepada ilmu yang mencakupi ruh akal dan jasmani.
 f) ibrah= yang mengandungi peraturan dan teknik-teknik tertentu.
Konsep teknik
       Dibawah konteks pendidikan teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
       Mengikut pendapat Edward M. Anthony (1963) teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.
Mengikut Azman Wan Chik (1987). Teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar akhlak dengan melihat dengan melihat dalam video maka ini dikatakan teknik.   
                Pemilihan kaedah mengajar yang betul akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajran      menarik dan berkesan. Berdasarkan tajuk “Kebersihan” saya memilih pengajaran Masteri. Pengajaran Masteri ini bermula dengan penentuan objektif yang realistik dan jelas. Pembahagian unit pengajaran adalah secara beransur maju. Contoh , apa yang kamu lakukan sebelum ke sekolah, makan dan sebagainya yang berkaitan dengan rutin harian murid. Penerangan yang diberi oleh guru handaklah jelas dan mudah difahami. Jenis penglibatan murid hendaklah pelbagai dan mencukupi (latihan individu/kumpulan). Masa belajar dan membuat latihan mencukupi dan pembelajaran murid  dipantau melalui  penilaian formatif iaitu pemerhatian kerja latihan murid, bersoaljawab dan kuiz. Guru perlu membuat pembetulan dan pemulihan segera jika murid menghadapi masalah. Setiap murid mesti menguasai 80%
5


daripada apa yang dipelajari dan penaksiran dan penilaian summatif diberi pada akhir program  sebelum berubah ke topik  seterusnya. (Anon, 2011:14) Prosedeur melaksanakan pembelajaran Masteri ini dimulakan dengan penentuan hasil pembelajaran diikuti pengajaran dan pembelajaran seterusnya penilaian dan tindakan susulan  sebelum beralih ke unit seterusnya.
                  Kaedah mengajar boleh membentuk teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai.Misalnya, prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan cerita berkenaan. Demikian juga, bagi prosedur-prosedur kaedah penyoalan,kaedah syarahan,kaedah kuliah dan sebagainya
Faktor-faktor yang diambilkira dalam pemilihan kaedah mengajar ialah;
Setiap kaedah dan teknik pengajaran ini ada kelebihan dan kelemahannya. Tidak ada satu kaedah yang terbaik. Beberapa faktor perlu diberi pertimbangan. Menurut pendapat Pierce dan Lorbere (1977), pemilihan kaedah pengajaran boleh ditentukan oleh lima faktor berikut:
1.    Objektif pengajaran /Hasil Pembelajaran

               Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Setelah menyenaraikan objektif-objektif pengajaran ini guru perlu menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut.Setiap pembelajaran yang berlaku menuntut kepada hasil yang positif. Oleh itu hasil pembelajaran  merupakan matlamat utama proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil pembelajaran merupakan perkara yang perlu dikuasai oleh murid diakhir sesuatu unit pembelajaran bertujuan;
-          Mengenal pasti perkara yang perlu dikuasai oleh murid
-          Misalnya bagi tajuk kebersihan tahun 3, seorang guru mahukan muridnya menyenaraikan alat-alat yang digunakan untuk membersihkan diri. Contoh sabun, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya. Guru member tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.Guru akan sentiasa member focus kearah hasil pembelajaran yang ingin dicapai mengikut aras. Contohnya;
-          Aras 1 : Murid dapat menyebut alat-alat kebersihan diri.
-          Aras 2 : Murid dapat menyenaraikan alat-alat kebersihan diri.
-          Aras 3 : Murid dapat membuat banding beza alat yang sesuai digunakan untuk kebersihan  diri.
6




2.    Bahan pengajaran dan pembelajaran

                  Bahan pengajaran dan pembelajaran ialah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar yang digunakan semasa mengajar. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang sekiranya  isi  pelajaran itu membentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pelajaran bahasa, teknik dan kaedah yang sesuai perlu dipilih oleh guru supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut.
                 Bahan pembelajaran atau sumber maklumat sama ada dalam bentuk dokumen, silabus kursus, fail  PowerPoint, fail PDF, fail laman web dan sebagainya merupakan antara sumber yang boleh disediakan untuk rujukan pengguna. sistem menyediakan pelbagai kemudahan yang membolehkan  bahan pembelajaran ini dimasukkan ke dalam sistem dan seterusnya dicapai oleh pengguna. Bab ini  akan menerangkan kepada anda kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Selain  itu, bab ini juga akan menerangkan beberapa panduan bagaimana untuk menguruskan bahan  pembelajaran atau maklumat yang dimasukkan agar lebih sistematik dan mudah dicapai oleh  murid.Untuk tajuk kebersihan yang saya pilih, saya menggunakan benda maujud, kad perkataan, kad gambar,CD lagu, Kad ayat dank ad imbasan. Saya akan memastikan bahan-bahan ini berkesan dan dapat digunakan oleh murid semaksima dalam pengajaran dan pembelajaran.
3- Jangka masa pengajaran
Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 hingga 40 minit  atau 60 hingga 80 minit sekiranya pelajaran tersebut diberikan masa berturutan. Dengan  jangka masa yang ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam jangka masa tersebut. Guru haruslah pandai menentukan kaedah bagi memenuhi masa yang telah ditetapkan.
4- Latar belakang dan jumlah pelajar
               Kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina, dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual berikut menunjukkan penggunaan teknik mengajar mengikut aras kemahiran objektif pelajaran.  Bagi tujuan itu saya telah mengenalpasti latarbelakang murid-murid saya berkaitan dengan tajuk kebersihan. Hanya terdapat sebilangan kecil murid yang tidak begitu mengambil berat tentang kebersihan diri.
7



5- Iklim dan suasana sekolah
               Kemudahan infrastruktur dan alam persekitaran sekolah boleh mempengaruhi pemilihan kaedah atau kaedah pengajaran.  Di kawasan –kawasan pedalaman di negara ini, masih terdapat sekolah-sekolah  yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik. Di sekolah-sekolah sebegini tentulah guru tidak dapat menggunakan alat bantu mengajar seperti komputer, radio, dan projektor.
              Bagi sekolah saya pula, saya sangat-sangat berpuashati dengan kemudahan yang disediakan. Terdapat dua buah makmal bahasa yang boleh digunakan bagi tujuan pembelajaran ICT. Sekolah ini juga mempunyai bilik darjah yang selesa untuk belajar dan yang paling penting sekolah ini mempunyai bilik rawatan dan Bilik Doktor Muda yang menyediakan pelbagai bentuk alat bantu mengajar berkaitan dengan kebersihan.


 Kesimpulan
                     Strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu rancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta menyusun kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum






           

8



RUJUKAN;
v  Prisip Dan Amalan Pengajaran,Abd. Ghafar Md. Din (utusan publication and distributor Sdn. bhd)
v  Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran,Mok Soon Sang (kumpulan Budiman Sdn. Bhd)
v  Kaedah Mengajar Dan Kemahiran Interpesonal Guru,Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmini Md. Yusoff (PTS Professional Publishing Sdn. Bhd)
v  Panduan Menulis dan Kaedah Mengajar ... dawama.com
v  Mudahnya Mengajar – Muhamad Razali Kamarudin – Penerbit Alaf 21



















9


iv.Sediakan Rancangan Pengajaran Harian bagi tiga unit pengajaran
     yang berterusan bagi topik-topik tersebut.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh/ Hari       :  21.3.2011                                           Masa              :     7.40 pagi – 8.40 pagi                                             Kelas                 :     1 Cemerlang                                Bil. Pelajar       :   23 orang                                                                        M/ Pelajaran      :     Bahasa Melayu                                                                          
Tajuk                :     Kebersihan Diri 

Objektif : Di akhir pelajaran murid dapat;
1.      . mendengar dan  mengecam  perkataan  yang  berkaitan  dengan anggota  badan  dan  bukan  anggota badan.
2.      . menyebut dan  mengeja  perkataan  yang  mengandungi  suku kata terbuka dan  tertutup yang didengar dengan  betul dan  tepat.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengenali anggota badan yang perlu dibersihkan.
Konsep :     Kebersihan diri penting dalam kehidupan
Bahan   :     Gambar anggota badan, kad perkataan, lembaran kerja, ict
Nilai      :      Menjaga kebersihan anggota badan
Kemahiran :  FU S/K  (1.2) S/P( 1.2.4,)
                       FS   S/K(2.2)  S/P(2.2.1


10



Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran

Aktiviti Guru
& Pembelajaran

Aktiviti Murid
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Nyanyian ” Ini Caranya
Membimbing murid menyanyi lagu
Murid menyanyi sambil menggayakan senikata lagu


 Audio visual
Langkah 1
( 10 minit)
Anggota Badan
. Guru menamakan anggota badannya. Contoh, tangan,leher,hidung, dagu, mulut,pipi dll
-Murid mendengar dengan teliti
- Murid menyebut semula anggota yamg ditunjuk oleh guru secara kumpulan, kelas dan individu
Benda maujud
Langkah 2
(10 minit)
Anggota Badan
Tangan
Leher
Mata
Jari
Hidung
Kaki

Menunjuk anggota badan






Menunjuk perkataan sukukata terbuka dan tertutup





. Murid menyebut perkataan yang berkaitan dengan anggota badan yang ditunjukkan




Murid menyebut semula perkataan


Sukukata terbuka dan sukukata tertutup yang
ditunjuk oleh guru
KBT (KB)
Mengumpul dan mengelas
Nilai ; jaga kebersihan diri
Ilmu; Sains (anggota badan)
-          Kad perkataan Tangan
-          Mata
-          Kaki
-          Kepala
-          Telkinga
-          Mulut
Media
-          Gambar
-          anggota badan
-          kad perkataan


11



Langkah 3
(15 minit)


Cara menjaga kebersihan diri dan peralatan.



. Guru mempamerkan gambar anggota badan dan peralatan.


Murid menceritakan cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu digunakan.
Murid mengeja dan membaca kad perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup. Seterusnya memadankan gambar dengan perkataan yang diberi


KBT
Verbal Linguistik



Nilai
M enjaga kebersihan

Lembaran kerja 1












Langkah 4
(10 minit)

Anggota badan



Murid memadankan kad perkataan dengan gambar

Media:
Kad gambar/kad perkataan

Pentaksiaran
(10 minit)

Lembaran kerja


Guru mengedarkan lembaran kerja

Murid menulis perkataan berdasarkan gambar





12




Pemulihan




Pengayaan
Permainan “Teka Gambar”.



Lembaran kerja
Mengedarkan kad gambar



Guru mengedarkan lembaran kerja
Murid menamakan  benda berdasarkan gambar.


Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja





Lembaran kerja 2



















13

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

Tarikh/ Hari       :      22.3.2011                                    Masa              :     10.00 pagi – 11.00pagi                                             Kelas                 :     1 Cemerlang                              Bil. Pelajar       :   23 orang                                                                        M/ Pelajaran      :     Bahasa Melayu 
Tema                 :     Kebersihan                                                                        
Tajuk                :     Menjaga Kebersihan                                                            

Objektif : Di akhir pelajaran murid dapat;
1.    Membina ayat mudah dengan betul berdasarkan  bahan grafik..
2.    . Membaca dan menaakul bahan grafik dengan betul

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengenali anggota badan yang perlu dibersihkan.
Konsep :     Kebersihan diri penting dalam kehidupan
Bahan   :     kad gambar, kad perkataan, lembaran kerjA
Nilai      :      Menjaga kebersihan
Kemahiran :  FU S/K  (5.3) S/P( 5.3.1)
                       FS   S/K(2.5)  S/P(2.5.2)







14



Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran

Aktiviti Guru
& Pembelajaran

Aktiviti Murid
Catatan

Set Induksi
(2 minit)

Nyanyian ” Ini Caranya



Murid menyanyi sambil menggayakan senikata lagu



Langkah 1
( 10 minit)

Kata kerja

Guru memaparkan gambar pada murid di papanhitam.

Murid  menyatakan aktiviti yang terdapat di dalam gambar secara kelas dan  individu


Lampiran 1 
Kad Gambar


Langkah 2
(10 minit)

Kata kerja


Guru menunjukkan kad perkataan yang mengandungi kata kerja







Membimbing murid membina ayat berdasarkan gambar yang dipaparkan


Murid mengeja dan menyebut perkataan yang ditunjukkan.

Murid menampal kad perkataan pada gambar yang dipaparkan pada papan hitam.

Murid membina dan mambaca ayat yang dibin

KBT (KB)
Kad Perkataan:
-Mencuci
-menggosok
-memotong
-menyikat

15


Langkah 3
(15 minit)
Membina Ayat
Guru membahagi murid kepada .
Murid menyusun keratan perkataan untuk membina

ayat.

Kumpulan yang telah menyiapkan lembaran kerja diminta menampal nya di papan hitam.

Membaca ayat yang dibina dengan sebutan yang betul secara individu ,kumpulan dan kelas.
Nilai: kerjasama
KBT:

KB-menyusun



Lembaran kerja 1

Langkah 4
(15 minit)
Kuiz Bina Ayat
Guru memaparkan gambar dan minta murid menyatakan aktiviti dalam gambar
Murid menulis dan membina ayat di papanhitam.


Bincang ayat yang dibina secara kelas.

Murid diberi ganjaran  jika dapat membinan dan menulis ayat dengan betul.

Murid membaca ayat-ayat yang dibina.
KB : menjana idea

Media:
Kad gambar

16




Pentaksiaran
(8 minit)

Lembaran kerja





Pemulihan




Pengayaana

Mengedarkan lembaran kerja

Murid membina ayat berpandukan gambar



Memadankan ayat berpandukan gambar yang diberi


Murid membina ayat berpandukan gambar.


KB; menjana idea

Lembaran kerja 2

Lembaran kerja 3

Lembaran kerja 4


Refleksi :









17



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3

Tarikh/ Hari       :      23.3.2011                                    Masa              :     10.00 pagi – 11.00pagi                                             Kelas                 :     1 Cemerlang                              Bil. Pelajar       :   23 orang                                                                        M/ Pelajaran       :     Bahasa Melayu 
Tema                 :     Kebersihan                                                                        
Tajuk                :     Alam Sekitar Kita

Objektif : Di akhir pelajaran murid dapat;
1.    Mengujarkan dialog dengan sebutan dan tntonasi yang betul dan jelas  melalui lakonan secara didik hibur.
2.    . Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah didedahkan dengan suasana alam sekitar
Konsep :     Kebersihan alam sekitar penting dalam kehidupan
Bahan   :     kad gambar, kad perkataan, lembaran kerjA
Nilai      :      Berani, kasihsayang, bertanggungjawab
Kemahiran :  FU S/K  (4.3) S/P( 4.3.1)
                       FS   S/K(2.3)  S/P(2.3.2)


                                                     



18



Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran
     Aktiviti Guru

& Pembelajaran

Aktiviti Murid


Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Lawatan sekitar sekolah
Menerangkan tentang pentingnya kebersihan sekolah
Murid mendengar penerangan guru dan membuat catatan

Langkah 1
( 10 minit)
Tayangan Video-
Keindahan Alam Sekitar
Menayangkan video mengenai alam sekitar

Menyenaraikan perkataan yang diluahkan oleh guru dipapan hitam

Murid menyatakan  perasaan berdasrkan gambar tayangan video yang ditayangkan.
  Media:
Tayangan Video/Gambar
Perasaan:
Suka,cantik, segar, bersih, sayang,gembira,syukur
KB: menjana idea
Nilai: berani, prihatin, menghargai
Kontektual – perkaitan
Langkah 2
(15 minit)
Dialog







Guru mengedarkan lampiran yang mengandungi dialog yang
 didengar dan membimbing murid membaca dialog tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Membimbing murid membina ayat berdasarkan gambar yang dipaparkan.
Murid membaca dialog mengikut intonasi yang didengar melalui pita rakaman.
Lampiran 1

Dialog

Nilai:
Bertanggungjawab
Keberanian


Kasih sayang
KB: Hubungkait
Kajian masa depan
19




Guru membimbing murid menggayakan aksi (memek muka) bahasa tubuh dan ekpresi muka) beradarkan dialog.




Langkah 3
(15 minit)

Lakonan

Guru minta murid memilih watak dalam dialog.












Minta murid berlakon.

Murid mengujarkan dialog berdasarkan intonasi serta menggayakan aksi secara berkumpulan atau berpasangan.

Murid berlakon mengikut dialog yang diberi.

Berlakon secara bergilir-gilir.



Nilai: kerjasama
KBT:
KB- menyusun
Lampiran 2 – kad gambar

Langkah 4
(20 minit)

Lembaran kerja

Guru mengedarkan lembaran kerja .

Murid memadankan frasa-frasa menjadi ayat.


Murid membaca ayat yang telah dibina dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.



20



Pentaksiran

(10 minit)



Pengayaan



Pemul;ihan

Membaca dialog





Lembaran



Buku latihan

Guru minta murid membaca dialog secara berpasangan.


Mengedarkan lembaran

Murid membaca dialog secara berpasangan dengan sebutan dan intanasi yang betul.

Murid menyambung dialog dengan ayat sendiri.

Menyalin dialog dalam buku latihan.







Lembaran kerja 2


Tiada ulasan:

Catat Ulasan