Teks pengacara majlis Hari Guru





Bismillah…….

Yang Berbahagia .......
Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .......

Yang Berusaha ..............
Guru Besar......

Yang Berbahagia .................................
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah .............................
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Sekolah ....................
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.
         
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat Sekolah .........

          Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja bagi Tahun 2013 dengan tema : ......

Awal Bismillah pembuka bicara 
Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua, 
Doa tulus pinta dilafazkan. 

 Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz........  Dijemput dengan hormatnya….

                                       (bacaan doa)
     Amin Ya Rabbal Alamin. 
 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan Lagu Sekolah........ Sidang dataran dipersilakan berdiri.

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.  

Sidang dewan dipersilakan duduk.

Hadirian yang dihormati sekalian,

Seterusnya Bacaan Perutusan...

Dipersilakan ........... GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
                                      (ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
.Seterusnya dipersilakan..........................., GPK1 untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.
                                      (ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu dipersilakan ........................selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...
                                                (ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Seterusnya  majlis mempersilakan ........................, Yang Di Pertua PIBG Sekolah ....................... untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan...
                                                (ucapan)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya dipersilakan ......., Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .... untuk tampil menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya....
                                                (ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan ................... untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
                                                (ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan .................itu tadi.


Sidang dataran yang dimuliakan,

                          Paluan gendang pembuka majlis,
                               Moden tradisional bersatu senada;
                          Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
                               Barisan guru tersenyum bangga.


          Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas bagi acara melafazkan ikrar diketuai oleh ........., GPK1. Dipersilakan....
                            
                           
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema Hari Guru  oleh barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....
  Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.
 
Sidang hadirin sekalian,    

Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG ………….. kepada guru-guru.

Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan..........menjemput dan mengiringi ............................, Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan hadiah kepada barisan guru-guru. Dipersilakan.....
                                      (penyampaian hadiah)
      
Sidang dataran sekalian ;

Maju Bangsa Kerana Bahasa,
                                      Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
                             Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
                                      Penghargaan Tanda Pernah Bersua.


          Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........ untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia ............., dipersilakan....... dan seterusnya kepada Yang Berbahagia......................, dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna  itu datangnya daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.


Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”




68 ulasan:

  1. Salam. Saya mohon untuk mc hari guru nanti ek...

    BalasPadam
  2. salam. minta izin copy paste . nk guna untuk hari guru sekolah sy. saya x ambil bulat2 juga. >.< terima kasih :)

    BalasPadam
  3. Salam .. minta izin guna teks di atas ya ..

    BalasPadam
  4. Salam, mohon izin untuk di salin k..terima kasih..

    BalasPadam
  5. Assalam.. mohon izin dijadikan contoh ikutan... terima kasih

    BalasPadam
  6. salam mintak izin gunakan teks ni

    BalasPadam
  7. Salam.mintak izin utk ambil beberapa bahagian.terima kasih.

    BalasPadam
  8. Salam.mintak izin utk ambil beberapa bahagian.terima kasih.

    BalasPadam
  9. Salam..minta izin yer utk ambil teks ini..

    BalasPadam
  10. slm admin..mohon izin guna contoh teks ni..terima kasih

    BalasPadam
  11. salam...cg aina, mohon izin untuk diubahsuai. terima kasih.

    BalasPadam
  12. Sy pun mohon izin kopi mnggunakn sbg guideline ye..tqvm..

    BalasPadam
  13. assalamualaikum wbt saya mohon izin utk copy n paste

    BalasPadam
  14. assalamualaikum wbt saya mohon izin utk copy n paste

    BalasPadam
  15. assalamualaikum wbt saya mohon izin utk copy n paste

    BalasPadam
  16. assalamualaikum...saya minta izin copy

    BalasPadam
  17. ASSALAMUALAIKUM CIKGU.. MOHON IZIN NAK COPYPASTE TEKS INI. JAZAKALLAHUKHAIRAN KATHURAN ATS PEKONGSIAN

    BalasPadam
  18. ASSALAMUALAIKUM CIKGU.. MOHON IZIN NAK COPYPASTE TEKS INI. JAZAKALLAHUKHAIRAN KATHURAN ATS PEKONGSIAN

    BalasPadam
  19. assalamualaikum...saya minta izin copy..

    BalasPadam
  20. aslkm , mohon izin nak guna text ni untuk hari guru , sangat berguna . terina kasih

    BalasPadam
  21. Assalam Tuan empunya teks, mohon izin menggunakan teks ini....

    BalasPadam
  22. Assalam, mohon untuk copy paste ye. Terima kasih :)

    BalasPadam
  23. Assalam..mohon izinkan dan halalkan copy text tuk panduan..sangat membantu.
    terima kasih

    BalasPadam
  24. Salam sejahtera...saya minta izin memetik beberapa bahagian dalam teks ini sebagai panduan.Teks yang disediakan lengkap Dan sangat membantu.tq

    BalasPadam
  25. salam sejahtera. saya nak minta kebenaran untuk guna teks mc ini..

    BalasPadam
  26. salam sejahtera . sya minta izin untuk guna teks ini ye .

    BalasPadam
  27. Salam sejahtera,minta izin untuk guna teks mc ni ye..terima kasih

    BalasPadam
  28. Assalam, izinkan saya gunakan teks cikgu. Terima kasih

    BalasPadam
  29. assalamualaikum... mohon copy utk dijadikan rujukan ye. terima kasih

    BalasPadam
  30. assalamualaikum cgu.izikan sy copy teks yea

    BalasPadam
  31. assalamualaikum.mohon izin copy yea

    BalasPadam
  32. saya mintak izin nak ambik teks ini ya

    BalasPadam

  33. Assalam.mintak izin untuk ambil beberapa bahagian.terima kasih.

    BalasPadam
  34. saya minta izin ambil teks ni ya. Terima kasih bnyak..

    BalasPadam
  35. Salam...mohon izin gunakan teks ya...trima kasih byk2...

    BalasPadam
  36. As salam. Mohon izin guna teks ya..

    BalasPadam
  37. Sharing yg amat bermakna. Tq cikgu

    BalasPadam
  38. Assalam, mohon share jika tidak keberatan. Tkasih.

    BalasPadam
  39. Mintak izin utk jadikn contoh

    BalasPadam
  40. Minta izin untuk guna teks ya. terima kasih banyak2

    BalasPadam
  41. Minta izin untuk guna teks ya.. Terima kasih

    BalasPadam
  42. Salam. Minta izin guna teks. Jazakallah

    BalasPadam
  43. mohon keizinan untuk jadikan teks ni sebagai panduan saya sebagai mc

    BalasPadam
  44. Minta cp utk teks ini..terima kasih.

    BalasPadam
  45. Minta cp utk teks ini..terima kasih.

    BalasPadam
  46. Assalamualaikum. Mohon izin untuk jadikan teks ni sebagai rujukan. Terima kasih

    BalasPadam
  47. Assalam, mohon share yer. terima kasih, semoga dilipahkan rezeki oleh Allah S.W.T

    BalasPadam
  48. salam. minta izin copy paste . Saya x ambil bulat2 juga. >.< terima kasih :)

    BalasPadam
  49. salam sy minta izin guna pakai ye..terima kasih

    BalasPadam
  50. assalamualaikum..saya mintak izin untuk guna skrip mc ni

    BalasPadam
  51. Assalamualaikum, mohon untuk mengambil sedikit idea dari skrip ini, term kasih

    BalasPadam
  52. ASSALAMUALAIKUM DAN MOHON UNTUK MENGAMBIL SEDIKIT IDEA DARI TEKS TUAN / PUAN YE. TERIMA KASIH....

    BalasPadam
  53. Terima kasih kerana berkongsi, sangat bermanfaat.

    BalasPadam
  54. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  55. mohon izin untuk sy guna ye...terima kasih didahulukan

    BalasPadam
  56. salam, hebat teksnya. tahniah kepada penulisnya! saya mohon izin gunakan teks ini ya.. terima kasih

    BalasPadam
  57. assalamualaikum cikgu..mohon izin guna teksnya ..tq

    BalasPadam