Rabu, 8 Mei 2013

Tugasan Kenegaraan






KOD & NAMA KURSUS
HNS 2013 : KENEGARAAN

TAJUK

Perlembagaan merupakan asas penting dalam penubuhan sesebuah negara
.Bincangkan.
                            


 



DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. ID
NO. TELEFON





NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH:                                                                                             







ISI KANDUNGAN
BIL
                                                 KANDUNGAN
MUKA SURAT

1.0
2.0


3.0
4.0
5.0




6.0






Definisi Perlembagaan
Konsep Perlembagaan
2.1.1 Konsep Federalisme dalam perlembagaan persekutuan
2.1.2 Bentuk –bentuk Perlembagaan Malaysia
Ciri – ciri perlembagaan
Sejarah Perlembagaan Malaysia
Kandungan Perlembagaan Malaysia
5.1.1 Isi kandungan Perlembagaan
5.1.2 Peruntukkan dalam perlembagaan persekutuan
5.1.3 Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negara
5.1.4 Peruntukkan yang dianggap istimewa
Kesimpulan

3
3 - 4
5
5
6 - 7
8
9
10
11
12
13
14 - 17












1.0  DEFINISI PERLEMBAGAAN
Merujuk Kamus Dewan Edisi yang ke empat ” Perlembagaan ” bermaksud undang-undang atau peraturan negeri ,dasar pemerintah negeri .[1]
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi satu set hak ,peraturan terperinci,kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam negara dan autoriti awam dengan rakyat.Perlembagaan dokumen yang mengandungi set undang-undang yang berfungsi menjaga dan memerintah negara ini supaya kerajaan yang memerintah boleh mentadbir dengan lancar.

 2.0 KONSEP PERLEMBAGAAN
Profesor Dicey  (dalam Tun Mohd Salleh Abas,1997 ) berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang –undang .Perlembagaan sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuknya, strukturnya, aktiviti - aktiviti aktivitinya, sifat - sifatnya dan peraturan - peraturannya yang utama. Perkataan ini  juga berasal dari perkataan Latin constitutio, yang bermaksud undang-undang penting, yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Maharaja, dan digunakan secara meluas dalam penggubalan undang - undang berkanun .
Organisasi - organisasi yang biasanya menggunakan konsep ini termasuklah :

Ø  Kerajaan - kerajaan dan badan - badan kerajaan

Ø  Persatuan - persatuan sukarela

Ø  Kesatuan Sekerja

Ø  Parti - parti Politik


Ø  Syarikat – syarikat

 Perlembagaan berfungsi untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang
adil dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan
membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlakunya
penyalahgunaan kuasa. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997 ) pula menyatakan perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan.Seandainya undang-undang yang dikanunkan perlembagaan ini tidak dapat dijalankan maka perlembagaan ini tidak akan bermakna.

           Teori pengasingan kuasa mempunyai tiga komponen utama :

i) Badan yang membuat hanya perlu membuat atau menggubal undang - undang dan
   tidak boleh mempunyai kuasa yang lain;
ii) Badan yang memerintah hanya menjalankan pemerintahan dan tidak boleh
     membuat undang-undang dan menjalankan penghakiman; dan
iii) Badan kehakiman hanya membuat penghakiman dan tidak boleh menjalankan
     pemerintahan atau membuat undang - undang. Namun begitu, dalam konteks
     perlembagaan Malaysia dan kebanyakan negara, teori pengasingan kuasa tidak
     dipraktikkan sepenuhnya.
Di Malaysia misalnya, walaupun Parlimen mempunyai kuasa membuat
 undang - undang,  tetapi sebahagian besar daripada undang-undang itu dibuat oleh badan   pemerintah seperti Yang Di - Pertuan Agong, menteri dan lain -lain. Mengikut teori pengasingan, kuasa pemerintah hanya menjalankan tugas  pemerintahan sahaja dan tidak boleh mencampuri urusan kehakiman. Tetapi di  Malaysia, pemerintah juga boleh menjalankan fungsi kehakiman, contohnya Menteri Dalam Negeri, iaitu seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan pemerintahan, juga boleh menggunakan kuasa untuk menahan seseorang atas alasan keselamatan. Di samping itu, seorang ahli Parlimen yang berfungsi sebagai pembuat undang-undang juga dilantik mengetuai mana - mana kementerian bagi menjalankan kuasa pemerintahan.








2.1.1 KONSEP FEDERALISME DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DI MALAYSIA.

            Konsep federalisme secara umumnya adalah berkaitan dengan pembahagian kuasa. Pembahagian kuasa berlaku di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Selain itu ia juga berlaku dalam sistem pentadbiran negara iaitu antara eksekutif ,legislative dan judisiari. Perkara berkaitan dengan federalisme dalam perlembagaan dapat dikesan dalam perkara –perkara berikut:
i.                    Perkara 73 (had sempadan kuasa perundangan )
ii.                  Perkara 74 (bidang kuasa perundangan dengan merujuk jadual kesembilan)
iii.                Perkara 75 (Ketinggian undang –undang persekutuan mengatasi undang – undang negeri )
iv.                Perkara 76 ( Kuasa Parlimen untuk membuat undang –undang kepada negeri  )
v.                  Perkara 76A ( Kuasa Parlimen umtuk membuat undang –undang kepada negeri )
vi.                Perkara 80 ( Pembahagian kuasa pemerintahan iaitu mengikut kuasa perundangan)


2.1.2 BENTUK – BENTUK PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan di dunia terdapat dua bentuk iaitu Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis.
Perlembagaan bertulis mengandungi sifat-sifat seperti sifatnya yang sukar untuk dipinda kecuali ada peruntukan yang membolehkannya dipinda, Parlimen berkuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan dan Mahkamah berkuasa untuk mentafsir undang-undang bagi tujuan melindungi Perlembagaan. Contoh Perlembagaan Bertulis adalah  di Negara Malaysia. Sementara Perlembagaan Tidak Bertulis pula adalah wujud secara tradisi diwarisi dalam masyarakat atau negara berkenaan.






PERLEMBAGAAN
BERTULIS
                                                                                                  


            Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen



TIDAK BERTULIS
 



Merupakan bentuk perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen tersusun kerana berasaskan piagam-piagam yang telah dibuat dari semasa ke semasa dan berlaku sejak beberapa kurun yang lalu. Adat resam (convention) juga telah dianggap oleh penduduk negara tersebut sebagai sudah menjadi undang-undang negeri.

3.0  CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN

              Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 Perkara yang dibahagikan kepada 15 bahagian.Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukkan – peruntukkan mengenai berbagai-bagai perkara yang melibatkan kebebasan hak asasi rakyat,kewarganegaraan, badan perundangan,badan pemerintah , badan kehakiman, kewangan, pembahagian kuasa, antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri, kedudukan istimewa Orang Melayu, tanah, pembangunan negara, perkhidmatan awam dan pilihan raya. Terdapat beberapa cirri yang menunjukkan kuasa perlembagaan. Antara ciri – ciri Menurut Tun  Mohamed Suffian
 ( 1990 ), Perlembagaan Malaysia mempunyai cirri –ciri asas seperti berikut:

i.                    Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan.
ii.                  Sebagai negara raja berperlembagaan.
iii.                Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen.
iv.                Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama.
v.                  Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang – undang.
vi.                Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga – tiga cabang kerajaan.Seluruh jentera pentadbiran diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh cabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga- tiganya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan Parlimen manakala Eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak serta liability dalam perlembagaan.

 Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini mengandungi:
      
i.                    Ketinggian Perlembagaan Persekutuan.
ii.                  Yang Dipertuan Agung
iii.                Raja dan Yang Dipertua Negeri
iv.                Jemaah Menteri
v.                  Parlimen
vi.                Pilihan raya
vii.              Kehakiman
viii.            Perkhidmatan awam
ix.                Negeri – negeri
x.                  Perhubungan persekutuan dan negeri
xi.                Peruntukan kewangan 12 : Kebebasan asasi
xii.              Perbuatan subersif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan
xiii.            Agama Islam
xiv.            Kewarganegaraan
xv.              Orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
xvi.            Bahasa Kebangsaan
xvii.          Ibukota persekutuan
xviii.        Pindaan Perlembagaan
          




4.0  SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

           Asas perlembagaan persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Berikut kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955,Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah  membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956.Bagi menjalankan tugas penggubalan Perlembagaan .Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri,penasihat Majlis Raja-raja dan pemimpin-pemimpin parti.
        Maka pada 1956.Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara.Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
       Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan daripada parti-parti politik,persatuan-persatuan bukan polotik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini.Semasa proses rundingan itu satu memorandum daripada Parti Perikatan telah mendapat keutamaan.Memorandum berkenaan yang juga disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain,menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-raja Melayu,kedudukan agama Islam,kedudukan Bahasa Melayu,kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957.
           Manakala sebaik sahaja Sabah dan Sarawak menyertai persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963,beberapa peruntukan Perlembagaan persekutuan telah dipinda dan nama persekutuan Tanah Melayu dengan rasmi telah ditukar kepada MALAYSIA.



5.0 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Apabila memperkatakan tentang kandungan perlembagaan Malaysia terdapat tiga aspek yang saling berkait iaitu kerohanian perlembagaan, peruntukan perlembagaan dan perlaksanaan perlembagaan.
Aspek kerohanian perlembagaan ialah salah satu working document yang semestinya hidup,bukan hanya kertas dokumen  yang menyenaraikan undang-undang yang kompleks tetapi semestinya juga mempunyai ’jiwa’ dan  idealismenya’. Kontrak sosial itu tidak akan hidup jika ia semata-mata saranan undang-undang yang beku. Dalam hal ini, kita perlu merujuk kepada lima prinsip Rukun Negara dan mendalami huraian rasmiprinsip-prinsip tersebut.  Antara prinsip Rukun Negara ialah :
1. Percaya kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan Undang – undang
5.Kesopanan dan kesusilaan

        Harus diingat bahawa Rukun Negara itu sendiri terbentuk di dalam ekologi krisis.Bukan sahaja Akta Keselamatan Dalam Negeri itu diperkuatkan lagi, Akta Hasutan juga diperkuatkan, selepas ’Peristiwa 13 Mei 1969’, Parlimen digantung dan pentadbiran negara dikendalikan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang terbentuk melalui
artikel 150. badan Perundingan MAGERAN telah menurunkan ’RUKUN NEGARA’ selaku satu inti sari Perlembagaan Malaysia.
       Huraiannya dibuat berasaskan kepada tujuan dan matlamat prinsip-prinsip tersebut ke arah:-
ü  Sebuah negara yang bersatu - mengatasi masalah Dualisme Ekonomi.
ü  Sebuah masyarakat berdemokrasi iaitu menerima hakikat bahawa rakyatlah yang memilih ahli-ahli parlimen dan kerajaan.
ü  Sebuah masyarakat adil - khusus untuk keadilan ekonomi.
ü  Sesebuah masyarakat yang liberal - iaitu yang bertolak ansur, cuba mengelakkan konflik yang berpanjangan.
ü  Sebuah masyarakat yang progresif iaitu keupayaan kita menggunakan kemahiran sainsdan teknologi ke arah pembangunan sosio-ekonomi negara.
Justeru, keperluan Rukun Negara adalah sebagai memenuhi keperluan Perlembagaan itu sendiri. Rukun Negara adalah sebagai lima prinsip yang memang terkandung dalam kehendak-kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan akan menjadikan arah tuju penubuhan negara Malaysia menjadi lebih jelas khasnya dalam membentuk perpaduan negara.

5.1.1 ISI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

 Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 perkara yang dibahagikan
kepada 15 bahagian iaitu :
                            
1.      Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan
2.      Kebebasan Asasi
3.      Kewarganegaraan
4.      Persekutuan
5.      Negeri-negeri
6.      Perhubungan Antara Persekutuan dan Negeri-negeri
7.      Peruntukan-peruntukan Kewangan
8.      Pilihanraya
9.      Kehakiman
10.  Perkhidmatan Awam
11.  Kuasa-kuasa Khas menentang kegiatan subversif dan darurat
12.  Am dan pelbagai
13.  Peruntukan sementara dan peralihan
14.  Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dsb
15.  Prosiding terhadap Yang diPertuan Agong dan Raja-raja







5.1.2 PERUNTUKKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

      Perlembagaan Persekutuan terdapat 181 Artikel kesemuanya.Perlembagaan ini telah disusun dalam 14 bahagian.Terdapat beberapa bahagian yang kemudiannya dipecahkan pula ke dalam  bab-bab. Terdapat 19 bab kesemunya. Artikelnya 181 pula dipecahkan ke dalam bebrapa jadual dan bahagian jadual yang khusus pula. Perkara-perkaranya adalah seperti berikut:

1. Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi persekutuan
2. Kebebasan Asasi
3. Kewarganegaraan
Bab 1- Perolehan Kewarganegaraan
Bab 2- Penamatan Kewarganegaraan
Bab 3- Tambahan  
4. Persekutuan
Bab 1 - Kepala Utama Negara
Bab 2 - Majlis Raja-Raja
Bab 3 - Pemerintahan
Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan
Bab 5 - Acara Perundangan
Bab 6 - Keupayaan terhadap harta, kontrak dan Guaman,
5. Negeri-negeri
6. Perhubungan antara Persekutuan dan Negeri
Bab 1 - Hal Undang-undang Persekutuan dan negeri
Bab 2 - Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
Bab 3 - Pembahagian beban kewangan
Bab 4 - Tanah
Bab 5 - Pembangunan Negara
Bab 6 - Tinjauan Persekutuan,nasihat Persekutuan kepada Negeri 
           dan Pemeriksaan Persekutuan mengenai Kegiatan-Kegiatan Negeri.
Bab 7 - Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo,

 7. Peruntukan –peruntukan kewangan
Bab 1-Am
Bab 2- Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo
8. Pilihan raya
9. Penghakiman
10. Perkhidmatan Awam
11. Kuasa – kuasa khas menentang perbuatan subversive, kekerasan yang dirancang dan perbuatan-perbuatan dan jenayah-jenayah yang memudaratkan awam dan kuasa-kuasa darurat. ( Di gantikan oleh Akta A442 mulai daripada 31.12.78).
12. Am dan Pelbagai
12A. Perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Borneo
13. Peruntukan sementara dan peralihan
14. Pengecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya

5.1.3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN PERLEMBAGAAN NEGERI

      Di Malaysia ,Perlembagaan mempunyai beberapa ciri-ciri khusus yang telah membahagikan kuasa di antara kerajaan iaitu antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Keadaan ini adalah bagi memastikan pengasingan kuasa dalam sistem pentadbiran negara akan dapat dilaksanakan dengan tersusun.
Pembahagian kuasa ini dapat dibahagikan kepada tiga keadaan iaitu :

Bentuk –bentuk  senarai
Perkara terlibat
Senarai Persekutuan
Hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang –undang jenayah, kewarganegaraan dan lain –lain
Senarai Negeri
Hukum syarak, undang –undang  diri dan keluarga orang Islam, jentera kerajaan negeri, hari kelepasan dan lain – lain. ( meliputi perkara –perkara yang diserahkan kepada negeri )
Senarai Bersama
Meliputi keupayaan kerajaan negeri untuk membuat undang – undang selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan misalnya pemberian biasiswa, binatang liar, kesihatan awam dan lain – lain.






5.1. 4  PERUNTUKKAN-PERUNTUKKAN YANG DIANGGAP ISTIMEWA

       Di dalam Perlembagaan Malaysia terdapat peruntukkan –peruntukkan yang dianggap istimewa.Perlembagaan Malaysia mengandungi unsur-unsur tradisi dan unsur-unsur baru yang mewarnai perlembagaan kita. Unsur tradisi yang dimaksudkan ialah pemerintahan beraja, bahasa Melayu, kedudukan Agama Islam dan hak-hak Istimewa Orang Melayu dan kaum bumiputra. Menurut Mohamed Suffian Hashim (1987), perlembagaan negara ini agak bernasib baik kerana ia tetap mengikuti tradisi. Ini disebabkan kebolehan dan para pemimpinnya mendapatkan kerjasama raja-raja Melayu dalam mengorak langkah ke arah kemerdekaan. Perlembagaan Persekutuan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan. Kebanyakan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada zaman prapenjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan kewarganegaraan.
       
          Empat unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman prapenjajahan dan masih dikekalkan dalam perlembagaan Persekutuan ialah :
·         Pemerintahan Beraja  
Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan

·         Bahasa Melayu
Dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan
·         Kedudukan istimewa orang Melayu.
Dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di Pertuan Agung

·         Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan










KESIMPULAN:

        PersekutuanTanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Manakala Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid pada tahun 1956. Suruhanjaya Reid menerima 131 memorandum bertulis daripada orang ramai. Hal ini menunjukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat persetujuan dan pandangan majoriti rakyat Malaysia.
       Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum melayu dan bukan melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara.  Perlembagaan Malaysia bukan sahaja merupakan dokumen perundangan bahkan juga kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Melalui kontrak sosial ini orang bukan melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip Jus Soli.
      Hak orang melayu dikekalkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang melayu serta kedudukan Raja - raja Melayu. Akhirnya Draf Perlembagaan Malaysia telah diterima dan diisthiyarkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 ogos 1957.
Antara kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di sesebuah negara ialah, Perlembagaan menjaga kestabilan dan kesihatan dalam sebuah Negara kerana semua hal mengenai cara pemerintahan sebuah Negara sudah termaktub dalam perlembagaan. Ini akan mencegah kedua - dua pihak daripada bertindak sesuka hati. Jadi, dengan adanya perlembagaan sebuah negara dapat diperintah secara tersusun, adil dan bertanggungjawab. Pindaan kepada perlembagaan hanya boleh dilakukan oleh Parlimen dan sekiranya dua pertiga daripada ahli perlimen bersetuju dengan pindaan yang dicadangkan.Ini adalah batasan bagi menyekat golongan –golongan tertentu dari meminda perlembagaan mengikut kehendak mereka.
      Perlembagaan adalah penting untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara. Perlembagaan membolehkan kepentingan semua kaum di Negara Malaysia dilindungi. Perlembagaan Malaysia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislative, kehakiman, kedudukan Agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain - lain.
      Oleh itu, perlembagaan mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti lain serta antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara kita. Perlembagaan tokoh melayu merupakan panduan asas yang berlandaskan satu kontrak sosial yang persetujuan antara kaum di negara ini. Dari segi sejarah, terdapat. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dianggap sebagai kontrak sosial merupakan satu persetujuan yang dicapai antara orang melayu, cina dan india dan berkait rapat dengan unsur - unsur tradisional yang meliputi hal - hal berikut :
1) Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan raja melayu tidak boleh dipersoalkan.
Perlembagaan 1948 mengasaskan konsep Raja Perlembagaan
2) Kedudukan istimewa orang melayu ( yang meliputi perkhidmatan awam, biasiswa
dan segala bentuk bantuan berkaitan dengan permit tidak boleh dipersoalkan )
3) Hak kerakyatan berdasarkan prinsip Jus Soli bagi mereka yang lahir sebelum,
semasa dan selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka, melalui kuat kuasa
undang - undang. Hak kerakyatan juga boleh dimohan melalui cara permohonan dan
naturalisasi.
4) Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan tanpa sekatan
             5 ) Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain tidak dihalang
pengunaan,pengajaran dan pembelajarannya.
          Perlembagaan Malaysia bukan sahaja sebagai institusi utama tetapi juga menjadi‘ kontrak sosial ’ yang menstrukturkan sistem sosial Malaysia. Proses penggubalan dan penerimaannya penuh dengan perundingan, perdebatan dan tolak – ansur di antara kelompok masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Sebahagian daripada perlaksanaannya masih diperkatakan dari segi legitimasi politiknya. Dalam konteks hubungan etnik di negara kita, Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial di Malaysia melalui pengurangan jurang perbezaan ekonomi dan struktur antara wilayah. Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial aabila ia dapat mewujudkan pengagihan yang saksama dari segi pembangunan negara keseluruhannya.

          Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial apabila dapat menjamin kebebasan asasi manusia berdasarkan hak yang ditentukan meliputi kebebasan diri, bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan, beragama, bebas daripada menjadi hamba abdi dan melakukan kerja paksa, perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakang dan perbicaraan yang berulang, hak terhadap harta dan hak mengenai pelajaran. Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial apabila ia dapat menentukan pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Peruntukan kuasa itu yang meliputi perkara untuk kepentingan bersama.
          Kepentingan perlembagaan kepada negara kita ialah untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Sistem politik atau jentera pentadbiran negara kita menjalankan proses pentadbiran dengan adalah rujukan dari Perlembagaan Negara kita. Ia akan menjamin kelancaran pentabiran khususnya dalam kabinet negara kita dalam semua kementerian.Kepentingan perlembagaan juga dapat menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Kepentingan perlembagaan seterusnya dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Perlembagaan dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri,kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama. Pada masa yang sama, apabila ia dapat menentukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran rakyat dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar. Tambahan pula, juga dapat memupuk unsur taat setia kepada negara. Seseorang itu akan dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan Malaysia mendapati dia tidak setia atau telah memperolehi kerakyatan negara lain. Dalam konteks hubungan etnik, Perlembagaan negara kita juga berfungsi bagi mewujudkan  keadilan hubungan sosial antara kaum, hak kebebasan asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum.
           Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan ( 1970 ), yang menghadkan kebebasan bercakap bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Perlembagaan kita juga menjamin hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia. Perlembagaan juga penting untuk  mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi proses pembentukan negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat.



          Sebagai kesimpulannya, perlembagaan adalah asas undang – undang di dalam sesebuah negara.Perlembagaan memainkan perana yang besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan negara Malaysia.Perlembagaan Malaysia yang panjang, terperinci, dan rumit namun memberi banyak manfaat kepada perjalanan pentadbiran negara. Perlembagaan merupakan tunjang utama dalam pentadbiran sesebuah negara.Malah perlembagaan memainkan peranan dalam membentuk dan mengekalkan keharmonian serta perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.Justeru, perlembagaan merupakan komponen penting dalam sesebuah negara.





























7.0 RUJUKAN

1.      Mohd.Noor Yusuf, Perspektif, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.2009 .
2.      Sulaiman Zakaria,Azmah Che Omar,Penubuhan Malaysia, Petaling Jaya: Pustaka Cahaya Intelek.2004
3.      Karim Roslan, Malaysia dalam Peralihan ,Singapura; Times Book International.2003
4.      Sivachandralingam Sundara, Raja,Ahmad Kamal Ariffin Mohd Yus, Ho Hui Ling, Noraini Mohamed Hassan, Nurul Asnida Abu Bakar, Sejarah Masih Revelan,
Shah Alam: Karisma Publications.2008
5.      Abdullah Sanusi Ahmad, Kerajaan, Pentadbiran dan Rakyat, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP).1987
6.      Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A.Jawan . Kenegaraan Malaysia. Serdang: Universiti.Putra Malaysia (UPM).1997
7.      Tengku Anuar Tengku . Asas-asas Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Al-Azim Sdn. Bhd. 1997
8.      Mohd Syafiqie Abd Rahim, Artikel : Memahami kontrak sosial dan kedudukan menurut perlembagaan Malaysia.2008
9.      Kulanz Salleh, Artikel : Perlembagaan Malaysia. 2010






[1] Kamus Dewan Jilid 3 ms788

Tiada ulasan:

Catat Ulasan